Langkau ke kandungan utama

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

 Intro

Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.

 

Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.

 

Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan tidak serious, ,..nampak cantik saja..terus OK tanpa periksa secara details. Saya sendiri menggunakan alat atau A.Ini alat untuk mencipta banner atau bunting dan memeriksa secara detail tetapi kurang tepat juga. Kalau silap, saya akan menghantar fresh prompt sekali lagi untuk mendapatkan apa yang sepatutnya direka oleh A.I. A.I. pasti akan memberikan ciptaan yang cantik, tetapi maksud ciptaan dia mungkin tidak tepat dengan budaya dan sosial masyarakat tertentu. AI boleh mencipta secara khayalan sahaja tetapi orang yang memberi prompt itu mesti periksa keputusannya.

 

Dayak bukan satu kaum

Dayak bukan hanya ada satu kaum sahaja tetapi terbahagi kepada berbagai sub-ethnik, serupa juga dengan kaum cina, melayu, india atau pun kaum-kaum peribumi seluruh dunia.

Salah satu kesilapan terbesar AI dalam menghasilkan gambar-gambar, banner atau bunting untuk perayaan Gawai ialah dia mengangap Dayak itu sebagai satu budaya yang seragam. Maklumlah, pelatih AI itu terdiri dari orang-orang yang bukan etnis Dayak. Dayak merangkumi banyak etnik dan subetnik seperti Iban dan sub-iban, Bidayuh, sub-Bidayuh, Orang Ulu dan sub-orang Ulu dan pelbagai lagi. Tiap kaum dan sub-etnik mempunya peralatan dan symbol budaya yang berbeza tetapi kegunaannya mungkin sama.

Kalau seseorang itu memberi prompt, contohnya – Create a “Gawai Dayak Bannar”…AI akan menghasilkan banner yang cantik  secara umum dan akan memberi gambar-gambar dan message yang tertentu, yang tidak menggambarkan kaum tertentu. Gambaran yang diberikan oleh AI berdasarkan data-data yang pernah dipelajarinya.

 

Contoh-contoh gambaran yang kurang tepat.

Banner - Sekadar untuk hiasan sahaja


Gambar yang dihasilkan oleh AI amat cantik tetapi mungkin tidak menepati objektif sesuatu kaum.

Contoh yang jelas – dalam beberapa contoh poster yang saya lihat, AI menghasilkan gambar bertujuan untuk menghasilkan message gawai Dayak bagi kaum Bidayuh, - Mesej dalam lingo Bidayuh, kampung Bidayuh dan di kawasan Bidayuh -  dimana seorang Dayak Bidayuh itu memakai costume Iban,  accessories pakaian (tidak tahu kaum mana punya), pedang jepun samurai di depan dan belakang. Head gear untuk lelaki macam red-indian di Amerika Utara dan juga kaum orang asal di Amerika Selatan.

Yang budak lelaki menggunakan baju tradisional (tidak tahu kaum mana punya tetapi butang baju ala baju Melayu).

Background tidak sama sekali melambangkan bangunan Bidayuh, tetapi lebih menyerupai bangunan suku  kaum di negara Cina atau rumah tradisional yang tidak dikenali.

Yang lebih menarik, terdapat dua ketupat di tepi gambar yang melambangkan budaya melayu., tiada lansung berkaitan dengan lambang budaya Bidayuh.

Keseluruhan gambar banner yang dihasilkan tidak sekali melambangkan keaslian budaya Bidayuh.

 

Hari Gawai Dan Hubungannya Dengan Padi

Contohnya, bagi Masyarakat Bidayuh, Gawai Tahun mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan padi dan hasil tuaian.

Namun, banyak poster yang dijana AI langsung tidak memaparkan unsur padi. Sebaliknya, AI lebih menonjolkan pakaian, senjata, bulu burung dan aksesori yang dianggap "tribal".

Akibatnya, makna sebenar perayaan tersebut menjadi kurang jelas, kabur atau salah erti.

 

AI Adalah Alat, Bukan Pakar Budaya

Perlu diingat bahawa AI bukan pakar budaya. AI hanya menghasilkan imej berdasarkan data yang pernah dipelajarinya daripada internet.

Jika maklumat yang terdapat di internet bercampur-aduk atau tidak lengkap, maka hasil yang diberikan juga berkemungkinan bercampur-aduk. Kalau kita minta AI lukiskan banner untuk Tahun Baru Cina di Sarawak, mungkin dia akan letak juga peralatan atau corak-corak Iban, kecuali kita bagi prompt yang spesifik.

Oleh itu, pengguna AI perlu menyemak dengan teliti semula setiap gambar yang dijana sebelum digunakan dalam poster rasmi, banner komuniti atau bahan promosi.

 

Gunakan AI Dengan Bijak

Daripada media sosial posting kebelakangan ini, saya pasti sudah ramai pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan AI. Saya percaya AI adalah alat yang sangat berguna kepada sesiapapun. Ia boleh menjimatkan masa, membantu menghasilkan idea dan mempercepatkan proses reka bentuk.

Namun, apabila melibatkan budaya, adat dan identiti sesuatu masyarakat, semakan manusia tetap diperlukan dengan teliti. Tetapi dari sudut yang lain, kita boleh saja ambil elemen-elemen dari luar budaya sesebuah etnik atau kaum itu sendiri sebab budaya itu bukan terhad di situ sahaja, malah ia berubah mengikut peredaran zaman. Contohnya, pakaian tradisi kaum Iban boleh saja ada campuran dengan warna merah jambu kain ala-ala baju cheong Cham Cina oleh kerana budaya itu sudah bercampur. Campuran budaya ini terjadi akibat perkahwinan campuran atau dipengaruhi oleh keadaan sekitar. Ada satu contoh lagi – bulu burung kenyalang digunakan di topi etnik orang Ulu – dulu-dulu bulu burung itu asli, tetapi sekarang bulu burung itu mungkin telah diganti dan dibuat menggunakan bahan plastik atau bahan-bahan lain.

 

Cantik sahaja tidak mencukupi.

Ketepatan budaya juga perlu diberikan perhatian supaya warisan yang diwarisi turun-temurun tidak menjadi kabur akibat kesilapan yang dianggap kecil. Walau bagaimana pun, di abad ini, mungkin ada saja pendapat-pendapat yang berlainan. Budaya itu tidak terhad tetapi boleh berubah mengikut peredaran zaman, perubahan materials, perubahan data penduduk disesuatu tempat dan juga factor-faktor lain termasuk juga factor ekonomi.

Teknologi boleh membantu memelihara budaya, dalam hal ini melalui lukisan hasil lukisan AI, tetapi hanya jika kita sendiri memahami budaya tersebut terlebih dahulu. Yang lainnya, biar budaya itu berkembang mengikut peredaran zaman.

Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak. Gadis-gadis di babang Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak. Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan. Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957. Kali pert...